Jangan jadi pengantin gemuk.

Saya rasa semua wanita mempunya pengalaman yang sama. Bulan lalu saya telah menghadiri pernikahan sepupu saya. Saya melihat pengantin berjalan dengan gaun yang cantik dan baru. Satu majlis pernikahan yang besar dan sepupu saya nampak cantik dengan gaunnya. Lampu-lampu menyinari tubuhnya yang sihat dan cantik. Sungguh indah dan membuatkan saya menangis.

Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu ketika kami mencari gaun pengantin yang sempurna dan cantik. Pada waktu itu sepupu saya lebih berat berbanding sekarang. Pada waktu amat sukar mencari gaun yang sesuai. Setiap kali mencuba gaun akan ternampak bonjolan lipatan lemak yang hodoh. Lebih dari 30 gaun dicuba namun tiada yang sesuai dan sepupu saya menangis tersedu-sedu. sambil berkata "Aku perlukan nota di peti sejuk yang menyatakan 'Jangan jadi pengantin yang gemuk!" , katanya sambil terisak-isak.

Saya meletakkan tangan di bahunya. "Jen, hanya satu perkara yang awak perlu lakukan, turunkan berat badan." Lantas dia setuju itulah cara yang terbaik untuk majlis pernikahannya nanti

Kami telah menjumpai kaedah yang bagus untuk Jen menghilangkan 10kg dalam masa 21 hari dan kemudian dan kemudian 5kg selepas itu. Jika anda gemuk sekalipun tiada yang menakjubkan untuk hari perkahwinan anda selain dapat menurunkan berat badan. Jawapan bagaimana anda dapat menurunkan berat badan untuk perkahwinan itu bergantung kepada kebolehan anda mengawal cara pemakan dalam 4 aspek penting :


1.Pengambilan Kalori
2.Serat
3.Air
4.Senakam


Jumlah kalori sehari = Berat badan ( dalam pound ) x 12
Katakan berat badan anda 185 lbs : 185 x 12 = 2220 kal. Jadi 2220 kal ini adalah jumlah kalori untuk mengekalkan berat badan sekarang.
Untuk anda menurunkan berat badan 1 lbs seminggu anda seharusnya mengambil 500 kurang kalori dari yang sepatutnya.
2220 - 500 = 1720 kal. Jadi dengan mengambil sejumlah 1720 kalori sehari anda akan dapat menurunkan berat badan 1 lbs seminggu


Jen ingin menurunkan berat badannya secepat mungkin dalam masa 2 atau 3 minggu. Kami pun mencari kaedah tambahan selain mengurangkan pengambilan kalori. Kami dapati dengan menambah 50 gram pemakanan kaya serat dapat meningkatkan lagi penurunan berat badan. Inilah rahsia untuk tidak menjadi pengantin gemuk nanti. Kaedah ini memberi kesan langsung kepada pengurangan lemak di paha dan pinggang. Jen kemudia mengamalkan makanan kaya serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran 5 kali sehari.

Selain mengambil makanan kaya serat, minum air 6 hingga 8 gelas air sehari juga dapat membantu meningkatkan penurunan berat badan. Selain daripada mengeluarkan toksin dalam tubuh, air juga penting untuk keseimbangan kimia dalam badan dan mempercepatkan pemecahan lemak berlebihan!

Melakukan senaman selama 20 minit 3 kali seminggu boleh membantu anda menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu. Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan cepat untuk majlis perkahwinan anda, beli kasut joging dan bersenam. Senaman meningkatkan metabolisma dan mambantu menurunkan berat badan dengan pantas.

Jadi para wanita, jika anda ingin kelihatan hebat pada hari istimewa anda, mulakanlah rahsia-rahsia ini sekarang, anda tidak akan menyesal! Ingat! masa tidak akan menunggu anda.

0 comments:

Post a Comment