Menurunkan berat badan untuk semua peringkat umur

Sekarang saya tahu bagaimana menurunkan berat badan berlaku, saya boleh menurunkan berat badan secepat yang mungkin mengikut kemahuan saya. Namun, inamun ia tidak semudah itu. Kadang-kadang menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg sahaja mengambil masa 1 bulan. Ini kerana saya tidak tahu seberapa cepat penurunan berat badan benar-benar berlaku Misalnya, saya hanya berfikir bahawa jika saya hanya berlapar, akan menyebabkan kehilangan lemak dengan cepat.

Namun, saya tidak tahu yang ia hanya menyebabkan tubuh saya untuk masuk ke peringkat "mode hidup" di mana badan saya cuba bertahan untuk terus hidup dengan sebanyak mungkin lemak dalam badan. Jadi, ada cara yang lebih cepat untuk menurunkan berat badan selain berlapar. Namun, kebanyakan kita yang beranggapan demikian adalah salah. Pertama tidak ada jalan pintas untuk menurunkan berat badan dengan begitu pantas. Anda boleh cuba pelbagai cara termasuk menyelimuti tubuh, set keringat dan macam-macam lagi namun semua ini hanya akan menurunkan berat air dalam badan.

Anda juga boleh mencuba jalan pintas lain untuk menurunkan berat badan dengan cepat seperti mengambil pil diet, jamu, teh, pelekat, losyen dan seumpamanya- namun sekali lagi ia hanya membuang masa dan wang.

Jika anda masih ragu-ragu kenapa menurunkan berat badan dengan jalan pintas tidak akan berjaya kerana anda melihat semua iklan-iklan yang ada menyatakan keberkesanannya, cuba fikirkan pekara ini : Hampir dua daripada tiga orang Amerika yang mempunyai berat badan berlebihan atau obeiti sedangkan mereka berbelanja lebih dari 50 bilion dollar setahun untuk produk penurunan berat badan. Jadi sekiranya produk yang anda beli itu benar-benar boleh menurunkan berat badan kenapa masih ramai yang mengalami masalan berlebihan berat badan?

Jadi, apakah cara yang palin cepat untuk menurunkan berat badan?

Jawabannya, anda harus membakar lemak. Tiada cara lain selain itu. Maksudnya anda mesti menggunakan banyak kalori dari apa yang anda ambil. Semakin cepat anda membakar lemak ( semakin anda aktif ) semakin cepatlah penurunan berat badan anda. Proses penurunan berat badan seperti ini memang amat mudah. Mari kita lihat contoh cara penurunan berat badan yang paling pantas:

Beberapa tahun yang lalu ada seseorang yang kehilangan USD20.00 sekitar 12 jam. Dia berjalan kaki untuk pulang selama 12 jam tanpa makan dan minum. Memandangkan dia tidak mengambil apa-apamakanan, badannya trpaksa memggunakan simpanan lemak sebagai sumber tenaga. Jumlah kalori yang digunakan adalah bergantung kepada aktiviti seseorang itu. Dalam kes ini, sekitar 49,000 tenaga kalori digunakan daripada lemak dalam masa dua belas jam.

Perkara di atas hanya sebagai contoh sahajabukan saya mengalakkan anda menyimpan lemak untuk digunakan sebagai sumber tenaga semasa dalam kesusahan. Jika anda mahu menurunkan berat badan dengan pantas, anda boleh melakukan sesuatu yang serupa tapi tidak melampaui batas. Pertama sekali anda harus menghentikan perkara-perkara yang boleh menambahkan berat badan dan mengamalkan tabiat yang boleh menurunkan berat badan. Semakin banyak anda melakukan perubahan semakin cepat pembakaran lemak berlebihan dalam badan. Jika anda tiada keinginan untuk menghindar dari mengambilmakanan segera atau anda hanya suka duduk di sofa dari melakukan senaman, anda hanya membuang masa. Anda haru membakar sebanyak kalori yang mungkin sementara mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori.

Jadi janganlah anda berlapar atau mengamalkan diet khusus untuk menurunkan berat badan. Makanlah makanan yang membuatkan anda kenyang tapi mengandungi kurang kalori. sepertibuah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, dan selamat anda perlu mangawasi pengambilan kalori. Daripada anda mengambil makanan segera lebih baik anda mengambil makanan semulajadi yang berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bersama dengan makanan semulajadi yang lain yang rendah karbohidrat dan tinggi protein seperti ikan air tawar, daging, daging, telur dan sebagainya.

Jangan pergi ke laut dan jangan kurangkan pengambilan karbohidrat, tubuh anda memerlukan karbohidrat untuk sumber tenaga yang cepat. Namun kita tidak perlu mengambil sumber karbohidrat daripada kuih, gula-gula, donat, chips, soda, minuman tenaga dan lain-lain. Jika anda memakan makanan segera, badan anda tidak akan menggunakan simpanan lemak sebagai sumber tenaga.

Maka makanlah dari sumber karbohidrat semulajadi kerana hanya dengan cara ini anda akan dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Klik di sini untuk program penurunan berat badan secara online.

Jangan minum minuman berkarbonat, atau minuman tenaga yang lain. Minuman ini dipenuhi dengan karbohidrat yang mengelak pembakaran lemak simpanan anda. Susu juga mengandungi karbohidrat dalam bentuk gula laktos. Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan cepat, minumlah air kosong atau teh tanpa gula. Hindarkan dari minum kopi.

Makan makanan berkarbohidrat di waktu pagi kerana ada banyak masa untuk membakarnya sehingga ke malam. Elakkan makan makanan berat di waktu malam kerana tenaga tidak banyak di gunakan semasa tidur. Makan seawal jam 4 atau 5 petang untuk mengalas perut di waktu malam. Tidak digalakkan makan makanan berkarbohidrat atau makanan ringan selepas jam 6 petang.

Lakukan sedikit senaman ringan sebelum tidur untuk membakar karbohidrat yang berlebihan dan tidak disimpan sebbagai emak bila tahap metabolisma turun di waktu tidur.

Lakukan senaman kardio sekurang-kurangnya 20 minit di waktu pagi selepas bangun tidur. Pastikan perut anda kosong atau hanya mengambil sejumlah kecil protein tidak melebihi 25 gram. Selepas senaman, jangan makan selama sejam dan jika boleh jangan duduk dalam waktu tersebut. Kemudia jangan makan apa-apa kecuali protein seperti telur atau daging untuk sarapan. Kenapa perkara ini menyebabkan pembakaran lemak dengan cepat? Kita bangun pagi tanpabahan bakar segera dalam badan melainkan emak, jadi apabila kita aktif, badan tiada pilihan lain selain menggunakan lemak sebagai sember tenaga.

Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan cepat, biarkan makan yang anda makan melakukannya. Makan makanan yang belum diproses dan tiga atau empat snack semulajadi sehari. Jika anda ingin makan makanan utama, makanlah makanan keras dan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dahulu. Dengan cara ini perut anda merasa penuh sebelum anda makan terlalu banyak kalori. Semakin banyak kalori yang anda makan, semakin banyak yang pelu dibakar.

Berhati-hatilah dan gunakan fikiran yang waras. Jumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Ceritakan kepada doktor anda apa yang anda fikirkan. Doktor anda tahu sejarah kesihatan anda lebih baik dari saya dia akan memberikan nasihat khusus tentang berapa banyak kalori perlu dikurangkan dan berapa banyak aktiviti fizikal yang anda boleh toleransi tanpa menjejaskan keselamatan anda.

Jadi inilah perkara tersebutlah yang dapat menurunkan berat badan anda dengan pantas bukannya produk-produk yang dijual oleh syarikat jualan langsung. Anda harus membakar kalori lebih dari apa yang anda makan-tiada lagi cara yang lebih berkesan daripada itu.

Jika anda membaca artilkel ini dan berkata "wah! ini memang banyak kerja yang kena lakukan. Saya tak pasti adakah saya boleh melakukannya??". Saya hanya dapat memberitahu perkara ini:

Semuanya adalah dalam kebiasaan sahaja. Merubah tabiat yang menyebabkan berlebihan berat badan kepada tabiat yang menyebabkan penurunan berat badan. Semakin cepat anda melakukan perubahan ini, semakin cepatlah penuruna berat badan anda.





2 comments:

Unknown said...

Salam kenal Gan
Olahraga senam aerobic jenis apa yang pas diatas usia 40 thn? menurut Gan baju senam wanita terbaru model seperti apakah yang diminati oleh banyak kalangan?

Whitehackerzass said...

sangat membantu!BMI saya 23 dan saya nak kurangkan berat badan.tapi bukanlah bermakna saya nak jadi skinny.Cuma beberapa bahagian seperti paha,perut,dan bawah lengan sahaja bahagian yang ingin sy kuruskan. Nak beli jamu kuruskan badan,rsanya berat badan kurang tapi kulit akan jadi menggelebah dan badan kurang shape.Kata2 saudara bagi saya motivasi untuk bersenam dan banyakkan minum air.tima kasih :)

Post a Comment