Bagaimana menurunkan berat badan dengan tidur yang cukup?

Menurunkan berat badan adalah lebih berkesan jika anda tidak kekurangan tidur. Salah satu cara terbaik untuk mengetahui bagaimana menurunkan berat badan adalah belajar bagaimana untuk mendapatkan tidur yang nyenyak mencukupi pada waktu malam.

Belajar cara bagaimana menurunkan berat badan tanpa mengurangkan waktu tidur adalah amat penting kerana ia bukan hanya untuk kesejahteraan emosi, tapi juga untuk kesejahteraan fizikal serta kejayaan anda menurunkan berat badan. Berjaga semalaman memikirkan tentang perjuangan diet anda atau memikirkan tentang kegagalan usaha anda tidak akan membantu anda menurunkan berat badan - sebaliknya ia hanya akan meningkatkan berat badan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan ke tahap yang ideal, anda mesti memdapatkan waktu tidur yang mencukupi. Cuba anda belajar bagaimana mendapatkan tidur malam yang baik dan nyenyak supaya anda menjadi lebih berjaya dalam program penurunan berat badan anda.

Kajian ini melibatkan lebih dari 70.000 wanita yang dipantau selama lebih dari satu dekad di Universiti Penjagaan Barat dan diterbitkan oleh American Thoracic Society pada tahun 2006. Penelitian ini merupakan salah satu kajian terbesar yang pernah dilakukan berkaitan dengan hubungan di antara tidur dan kejayaan penurunan berat badan, dan menemui satu hubungan langsung di antara berat badan dan tidur. Wanita yang tidur lima jam atau kurang mendapat berat badan yang lebih berbanding wanita yang tidur lebih dari 7 jam. Wanita yang hanya tidur-tidur ayam mempunyai risiko kegemukan.
Para penyelidik juga mendapati kekurangan tidur mempunyai kesan yang lebih tinggi terhadap kenaikan berat badan pada masa akan datang daripada makan atau berolahraga, meskipun mereka menekankan bahawa makanan dan senaman masih mendominasi kekuatan dalam peningkatan atau penurunan berat badan. Sejumlah kajian di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa kekurangan tidur juga menyumbang kepada pemikiran kognitif yang lemah, sistem imuniti yang rendah, dan kencing manis pada orang dewasa.

Tidur juga mempengaruhi hormon yang berkomunikasi dengan anda dan memberi indikator "rasa lapar" dan "kenyang", yang banyak mempengaruhi kejayaan anda dalam penurunan berat adan. Hormon "makan" yang dipanggil "ghrelin," akan memberitahu anda rasa lapar, dan hormon "leptin," yang memberitahu anda anda penuh atau kenyang. Apabila anda penat, paras ghrelin (kelaparan) naik, dan paras leptin ( penuh ) akan turun. Kesimpulannya, kekurangan tidur akan meningkatkan berat badan walau anda kurang makan.

Namun anda harus juga ingat tidur terlalu banyak juga terbukti menyebabkan peningkatan berat badan. Belajar untuk mendapatkan jumlah tidur yang cukup adalah rahsia untuk belajar bagaimana menggunakan pola tidur anda untuk menambah pencapaian penurunan berat badan. Kita disarankan tidur malam dalam masa 8-9 jam, mendapatkan senaman yang betul, dan menyertai dalam program penurunan berat badan yang berkesan, seperti Program penurunan berat badan Diet Atkins, adalah cara sihat untuk menurunkan berat badan dan mencapai matlamat menurunkan berat badan anda.

menurunkan berat badan dan menjaga berat badan bermakna anda perlu berehat malam yang nyenyak dan mencukupi. Jadi berhentilah berjaga semalaman untuk memikrkan bagaimana anda akan mengurangkan berat badan. Anda boleh tidur nyenyak kerana anda sedang melakukan perkara yang baik untuk memberikan sumbangan terhadap penurunan berat badan.
Bila anda mempelajari cara untuk mendapatkan tidur yang mencukupi anda juga akan belajar bagaimana menurunkan berat badan. Gunakan nasihat penurunan berat badan yang amat berguna untun menurunkan berat badan anda. Tidurlah secukupnya dan anda akan bangun pagi keesokkannya dalam keadaan yang sihat.

0 comments:

Post a Comment